SBLM1053 Bahasa Pengurusan Kumpulan C14

Kwan Wee Soon 126554
Chen Ming Chuen 126683
Loo Zhi Yang 126687
Chew Beng Lang 126762
Siti Zaleha Bt Rahim 128423
Norhelmiza Shamimi Bt Md Radzi 128424
Norasykeen Bt Mohd Baharom 128426
Kang Min Siew 196979
Ng Fang Tai 197536
Hema Subramaniam 199848

Sunday, August 15, 2010

Permainan Tradisional Di Malaysia

Pembangunan permainan tradisional harus dipentingkan, masyarakat patut rasa bangga dengan permainan tradisi mereka sendiri tidak kira melayu atau pun india. Pihak kerajaan juga boleh memperkenakan pelbagai pertandingan atau pameran untuk permainan tradisional. Selain itu, pelbagai permainan harus dimasukkan dalam persukanan di antara Negeri Malaysia supaya masyarakat berpakat melatih bersungguh-sungguh untuk masa depan demi pencapaianya dalam sukan. Pihak sekolah rendah dan menengah juga boleh menjadikan permainan tradisional sebagai kokurikulum untuk generasi yang akan datang.

-Chew Beng Lang 126762-

Batu Seremban

Tidak lapuk dek hujan,tidak lekang dek panas”. Itulah istilah yang sesuai digunakan bagi permainan tradisional yang terdapat dimalaysia. Walaupun tidak ramai anak muda zaman sekarang yang mengetahui jenis-jenis permainan tradisional, disebabkan kemajuan dan komodenan dalam teknologi, tapi masih ada lagi kanak-kanak yang  bermain permainan tradisonal ini, kebiasaannya di kampung-kampung. Sebagai contoh permainan Batu Selambut ataupun dikenali sebagai Batu Seremban. Selambut adalah sebutan di sebelah Utara dan Pantai Timur Semenanjung, contohnya seperti di negeri kelantan dan Kedah. Manakala di negeri-negeri Pantai Barat permainan ini dikenali sebagai Seremban. Disebabkan permainan ini memerlukan pergerakan yang lembut dan teliti,permainan ini lebih sesuai dimainkan oleh kanak-kanak perempuan berbanding kanak-kanak lelaki. Tapi terdapat juga kanak-kanak lelaki yang bermain permainan ini walaupun ianya nampak sedikit janggal.
-Siti Zaleha Bt Rahim 128423-

Peraturan dalam permainan Batu Seremban

Pemain akan mula menimbang batu-batu tersebut setelah menyelesaikan kesemua peringkat permainan. Ini adalah bertujuan untuk mendapatkan mata bagi setiap pemain. Terdapat dua kaedah dalam menimbang buah diperingkat ini.Cara pertama sama seperti permulaan menentukan pemain, mata dikira hanya mengikut bilangan biji buah yang dapat ditimbang. Tetapi jika buah yang ditimbang itu disambut dengan cara mencangkuk, maka mata dikira sekali ganda dari jumlah biji buah yang dapat disambutnya.Pemain juga boleh meneruskan permainan semula dari buah satu sehingga tamat sekiranya pemain itu dapat bermain sehingga keperingkat menimbang dengan memperoleh mata.

PERATURAN PERMAINAN
Permainan akan berpindah kepada pihak lawan jika:
    • Pemain tidak dapat menyambut buah yang dilambung
    • Ketika memungut buah di lantai, tersentuh buah lain atau buah-buah yang terhimpit bergerak.
    • Pemain terlupa tahap dia berada ketika menyambung semula permainan.
    • Melakukan perkara yang di luar permainan, pemain akan dibuang gelanggang.Pemain tidak dibenarkan bercakap, memberi atau menerima sebarang isyarat daripada rakan.
    -Norasykeen Bt Mohd Baharom 128426-

    Cara Bermain Batu Seremban

    Dalam bermain Batu Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu hinggalah kepada peringkat lebih tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.

    Buah Satu
    Kesemua buah hendaklah diselerakkan dengan cara menabur di atas lantai, berkeadaan buah-buah itu tidak bersentuhan antara satu dengan yang lain. Sebiji buah diambil untuk dijadikan ibu, dan ibu hendaklah dilambungkan keudara, dalam masa yang sama sementara buah ibu masih berada diudara, sebiji lagi buah hendaklah dikutip. Dalam masa yang sama pemain hendaklah menyambut buah ibu, apabila telah disambut sebiji buah hendaklah digenggam di dalam tangan yang sebelah lagi. Perlakuan begini dibuat berterusan sehingga kesemua buah di atas lantai itu habis dilambung dan disambut.

    Buah Dua
    Cara buah dua dimainkan adalah serupa seperti buah satu, tetapi buah yang dikutip mestilah dengan dua biji serentak, ini bermakna hanya dua kali lambungan buah ibu dilakukan.

    Buah Tiga
    Buah tiga pula terdapat sedikit perbezaan. Langkah pertama adalah dengan mengutip sebiji buah dahulu, pada lambungan kali kedua pemain hendaklah mengutip tiga biji buah serentak.

    Buah Empat
    Pemain mengutip kesemua empat biji buah di atas lantai dan dalam masa yang sama hendaklah menyambut buah ibu yang telah dilambungkan.

    Buah Lima
    Diperingkat ini urutan dari memainkan buah empat, sementara di dalam tangan tergenggam lima biji buah, sebiji dari buah hendaklah dilambungkan dan empat biji buah baki hendaklah diletakkan di atas lantai pula serta menyambut buah ibu sahaja.

    Buah Enam
    Ditahap buah enam terdapat perbezaan, ianya juga dinamakan buah tukar dimana dua biji buah dijadikan buah ibu. Apabila sebiji daripadanya dilambungkan ke udara maka sebiji lagi buah ibu itu hendaklah ditukarkan dengan buah lain yang terdapat di atas lantai sehingga selesai.

    Buah Tujuh
    Buah tujuh adalah urutan dari peringkat permainan buah enam. Dua biji buah yang masih berada di dalam tangan hendaklah dilambungkan serantak. Sementera itu sebiji buah hendaklah dikutip. Buah ibu hendaklah disambut dengan kedua belah tangan, sebiji disebelah kanan dan sebiji lagi disebelah kiri. Pada buah ibu yang terakhir dilambungkan hendaklah juga disambut.
    -Norhelmiza Shamimi Bt Md.Radzi 128424-

    Bahan-bahan Membuat Yoyo Cina

    Secara tradisional, yoyo cina diperbuat daripada buluh, tetapi buluh sangat mudah untuk berehat dan tidak bersesuai untuk trik-trik yang terlalu rumit. Biasanya, nilon digunakan sebagai bahan membuat jaring. Bagaimanapun, yoyo cina sekarang diperbuat daripada plastik untuk menambah daya tahan. Tongkat masih menggunakan kayu keras sebagai bahan utama, tongkat yang diperbuat daripada kayu lebih murah dan lebih sesuai kepada pemula. Ada juga tongkat yang diperbuat daripada aluminium, Lucite, karbon, logam dan Fibreglass. Fibreglass bersifat ringan dan kuat. Tongkat logam menawarkan sifat ringan tanpa mengurangkan kekuatan dan merupakan pilihan yang baik bagi mereka yang ingin melakukan "high stress whips" dan trik-trik yang lain. Sesetengah yoyo cina mempenyai alur dipasang di tepi cakera, alur ini menbolehkan yoyo cina membuat suara bersiul apabila berputar dengan kelajuan tinggi.
    -Kang Min Siew 196979-

    Sejarah Perkembangan Yoyo-Cina

    Diabolos berevolusi dari yo-yo China pada abad ke-12. Yo-yo cina ialah permainan dari China yang mempunyai dua cakera yang sama saiz yang dihubungkan oleh gandar yang panjang. Manakala diabolo barat lebih berbentuk kon dan dalam pelbagai warna, ukuran, dan berat. Yo-yo cina akan sentiasa berpusing pada tali yang diikat pada dua batang kayu kecil. Permain akan memegang hujung kedua-dua kayu dan mengimbangi yo-yo daripada jatuh. Permainan ini dikenal pasti telah wujud sejak Dinasti Ming sekitar tahun 1386 hingga tahun 1644 selepas Masihi. Yo-yo cina tradisional dibuat daripada buluh, dimana ianya mudah patah dan tidak sesuai untuk aksi-aksi lask. Sesetengah yo-yo cina dimasukkan alat yang menghasilkan bunyi apabila dipusing dengan laju. Bunyi ini membolehkan pemainnya mengimbangi kelajuan yo-yo.
    -Ng Fang Tai 197536-

    Saturday, August 14, 2010

    Cara Bermain Yoyo Cina

    Diabolo memerlukan pemainnya memegang stik kayu yang diikat dengan tali nilon dengan menggunakan kedua-dua belah tangan. Fungsi stik kayu tersebut ialah sebagai alat untuk menggerakkan tali nilon mengikut cara yang dihendaki.  Pemain perlu mengimbangi yo-yo daripada terjatuh dan memutarkan diabolo dengan laju untuk melakukan pelbagai aksi yang mengagumkan. Diabolo yang ringan mudah digunakan tetapi putarannya mungkin hanya seketika. Kebanyakan pemain yang handal akan memilih diabolo berat untuk melakukan pelbagai aksi. Diabolo mudah depelajari tetapi mengambil masa panjang untuk menjadi mahir.
    - Chen Ming Chuen 126683-

    Sejarah Perkembangan Kabaddi

    Kabaddi merupakan suatu permainan yang diperkenalkan sejak 4000 tahun dahulu bagi menolong askar-askar India memperkembangkan skil mempertahankan diri. Ia merupakan suatu sukan “team contact” yang bermula di Tamil Nadu, India.
    Kabaddi didedahkan kepada dunia antarabangsa  pada tahun 1936 di Sukan Olimpik Berlin. Ia didemonstrasikan oleh Hanuman Vyayam Prasarak Mandal, Amaravati dan Maharashtra.  Pada tahun 1938 pula, Kabaddi diperkenalkan  di Sukan Olimpik India, Calcutta.
    Kabaddi pertama kali diperkenalkan dalam Sukan Asia Beijing, 1990. Pencapaian India cemerlang dengan mencapai pingat emas dalam Sukan Asia 2006 di Doha. Pada tahun 2010 pula, Kabaddi akan menjadi sukan demonstrasi pada Sukan Komanwel di New Delhi.

    -Loo Zhi Yang 126687-

    Bentuk-bentuk Kabaddi

    1.Surjeevani
    Dalam bentuk surjeevani, semua syarat permainan seperti bilangan pemain dan tempoh untuk satu permainan ditetapkan oleh Persekutuan Kabaddi India.
    Terdapat Sembilan orang pemain dalam setiap pasukan dan mengikut bentuk surjeevani  pertandingan akan berlangung selama 40 minit.Bentuk gaminee jarang digunakan untuk pertandingan.

    2.Gaminee
    Dalam bentuk gaminee, terdapat 9 orang pemain di setiap pasukan dan tidak ada peruntukkan masa untuk setiap pertandingan.

    3.Amar
    Bentuk amar digunakan di Negara Punjab, New Zealand, Pakistan, England, Australia, Amerika Syarikat dan juga Kanada.
    Dalam bentuk ini, masa akan ditetapkan dan 4 orang pemain sahaja yang dibenarkan bermain.

    -Hema Subramaniam 199848-

    Cara Bermain Kabaddi

    Kabaddi haruslah dimain oleh dua pasukan dan tujuh orang dalam setiap pasukan. Kabaddi dimain secara pusingan bergiliran. Semasa giliran pasukan, seorang penyerang dihantar ke kawasan pihak lawan dan terus menggumamkan “kabaddi” selama di kawasan pihak lawan. Penyerang perlu “menyentuh” lawan tanpa sama sekali tertangkap. Manakala pihak lawan perlu membuat satu “rantai” dengan memegang tangan antara ahli-ahli semasa bertentangan dengan pihak penyerang. Sekiranya “rantai” tersebut putus, seorang ahlinya dikehendaki singkir keluar. Pihak lawan yang tersentuh turut disingkir keluar. Manakala si penyerang ditangkap dan dijatuhkan sampai kehabisan nafas, bererti si penyerang tersebut keluar.
    -Kwan Wee Soon 126554-