Pemain akan mula menimbang batu-batu tersebut setelah menyelesaikan kesemua peringkat permainan. Ini adalah bertujuan untuk mendapatkan mata bagi setiap pemain. Terdapat dua kaedah dalam menimbang buah diperingkat ini.Cara pertama sama seperti permulaan menentukan pemain, mata dikira hanya mengikut bilangan biji buah yang dapat ditimbang. Tetapi jika buah yang ditimbang itu disambut dengan cara mencangkuk, maka mata dikira sekali ganda dari jumlah biji buah yang dapat disambutnya.Pemain juga boleh meneruskan permainan semula dari buah satu sehingga tamat sekiranya pemain itu dapat bermain sehingga keperingkat menimbang dengan memperoleh mata.
PERATURAN PERMAINAN
Permainan akan berpindah kepada pihak lawan jika:
- Pemain tidak dapat menyambut buah yang dilambung
- Ketika memungut buah di lantai, tersentuh buah lain atau buah-buah yang terhimpit bergerak.
- Pemain terlupa tahap dia berada ketika menyambung semula permainan.
- Melakukan perkara yang di luar permainan, pemain akan dibuang gelanggang.Pemain tidak dibenarkan bercakap, memberi atau menerima sebarang isyarat daripada rakan.
-Norasykeen Bt Mohd Baharom 128426-
Selepas membaca ini, saya akan lebih memahami permainan Batu Serembam.Selain itu, saya akan lebih memahami hukuman dan larangan dalam permainan ini.
ReplyDeleteassalamualaikum. tahniah kerana usaha anda dalam memartabatkan semula permainan tradisional yang hampir luput di telan zaman. setelah membaca enrty anda, saya lebih mengetahui mengenai peraturan dalam permainan batu seremban dan adanya peringkat menimbang sebelum memulakan permainan tersebut. teruskan usaha..
ReplyDeleteNice
ReplyDelete