Tidak lapuk dek hujan,tidak lekang dek panas”. Itulah istilah yang sesuai digunakan bagi permainan tradisional yang terdapat dimalaysia. Walaupun tidak ramai anak muda zaman sekarang yang mengetahui jenis-jenis permainan tradisional, disebabkan kemajuan dan komodenan dalam teknologi, tapi masih ada lagi kanak-kanak yang bermain permainan tradisonal ini, kebiasaannya di kampung-kampung. Sebagai contoh permainan Batu Selambut ataupun dikenali sebagai Batu Seremban. Selambut adalah sebutan di sebelah Utara dan Pantai Timur Semenanjung, contohnya seperti di negeri kelantan dan Kedah. Manakala di negeri-negeri Pantai Barat permainan ini dikenali sebagai Seremban. Disebabkan permainan ini memerlukan pergerakan yang lembut dan teliti,permainan ini lebih sesuai dimainkan oleh kanak-kanak perempuan berbanding kanak-kanak lelaki. Tapi terdapat juga kanak-kanak lelaki yang bermain permainan ini walaupun ianya nampak sedikit janggal.
-Siti Zaleha Bt Rahim 128423-
terangan yang baik!!!
ReplyDeletezaman saya kecil main batu seremban guna penutup oren yang dipanggil ceper
ReplyDeletezaman saya kecil kami main batu seremban guna penutup botol yang dipanggil ceper
ReplyDelete