SBLM1053 Bahasa Pengurusan Kumpulan C14

Kwan Wee Soon 126554
Chen Ming Chuen 126683
Loo Zhi Yang 126687
Chew Beng Lang 126762
Siti Zaleha Bt Rahim 128423
Norhelmiza Shamimi Bt Md Radzi 128424
Norasykeen Bt Mohd Baharom 128426
Kang Min Siew 196979
Ng Fang Tai 197536
Hema Subramaniam 199848

Sunday, August 15, 2010

Batu Seremban

Tidak lapuk dek hujan,tidak lekang dek panas”. Itulah istilah yang sesuai digunakan bagi permainan tradisional yang terdapat dimalaysia. Walaupun tidak ramai anak muda zaman sekarang yang mengetahui jenis-jenis permainan tradisional, disebabkan kemajuan dan komodenan dalam teknologi, tapi masih ada lagi kanak-kanak yang  bermain permainan tradisonal ini, kebiasaannya di kampung-kampung. Sebagai contoh permainan Batu Selambut ataupun dikenali sebagai Batu Seremban. Selambut adalah sebutan di sebelah Utara dan Pantai Timur Semenanjung, contohnya seperti di negeri kelantan dan Kedah. Manakala di negeri-negeri Pantai Barat permainan ini dikenali sebagai Seremban. Disebabkan permainan ini memerlukan pergerakan yang lembut dan teliti,permainan ini lebih sesuai dimainkan oleh kanak-kanak perempuan berbanding kanak-kanak lelaki. Tapi terdapat juga kanak-kanak lelaki yang bermain permainan ini walaupun ianya nampak sedikit janggal.
-Siti Zaleha Bt Rahim 128423-

3 comments:

  1. zaman saya kecil main batu seremban guna penutup oren yang dipanggil ceper

    ReplyDelete
  2. zaman saya kecil kami main batu seremban guna penutup botol yang dipanggil ceper

    ReplyDelete